BLOG TENTANG : PENGERTIAN, MANFAAT, PENDIDIKAN, KESEHATAN, SERTA CARA, PETUNJUK DAN DO'A-DO'A

Surah Al-Insyira' Ayat 1-8 dan Terjemahan Serta Tafsirnya

 Surah Al-Insyara' ayat 1-8 
" Kelapangan Hati "
Surah (94) - Makkiyah 

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

( َأَلمْ نَشْرَحْ َلكَ صَدْرَكَ ( 1
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
( وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ( 2
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
( الَّذِي َأنَقضَ َ ظهْرَكَ ( 3
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
( وَرََفعْنَا َلكَ ذِكْرَكَ ( 4
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
( َفإِنَّ مَعَ اْلعُسْرِ يُسْرًا ( 5
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
( إِنَّ مَعَ اْلعُسْرِ يُسْرًا ( 6
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
( َفإَِذا َفرَغْتَ َفانصَبْ ( 7
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,
maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.

( وَإَِلى رَبِّكَ َفارْ َ غبْ ( 8
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.
Surah ini diturunkan selepas Surah ad-Duha, seolah-olah merupakan surah yang menyempurnakannya. Dalam surah ini terdapat naungan kasih  mesra dan semangat bermunajat dengan orang kesayangannya. Dalam surah ini juga disebut gejala-gejala dan peristiwa-peristiwa yang membuktikan Inayah dan perhatian Ilahi terhadap RasuI-Nya, juga disebut berita gembira yang menjamin kesenangan dan kelapangan, dan disampaikan bimbingan untuk mencapai rahsia kesenangan dan tali hubungan yang kukuh dengan  Allah 'Azzawajalla.
(Pentafsiran ayat-ayat 1 – 4)
Ayat-ayat ini menyarankan bahawa jiwa Rasulullah s.a.w. sedang mengalami kesulitan dan kesusahan dalam usaha menyebarkan da'wah yang ditugaskan kepadanya dan dalam menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan dan tipu daya di jalan da'wah. Dadanya penuh sebak dengan kerungsingan-kerungsingan memikul tugas da'wah yang berat itu dan merasa betapa perlunya kepada pertolongan, bantuan dan bekalan semangat daripada Allah. Kemudian berlakulah munajat yang manis dan bisikan yang mesra:
( َأَلمْ نَشْرَحْ َلكَ صَدْرَكَ ( 1
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
Yakni bukankah Kami telah bukakan dadamu untuk memikul tugas da'wah ini dan Kami berikan kemudahan-kemudahan kepadamu untuk melaksanakannya? Bukankah Kami telah jadikan tugas da'wah itu satu tugas yang amat disukai hatimu? dan Kami licinkan jalan-jalannya untukmu serta Kami terangi jalan-jalan itu hingga engkau dapat melihat penghabisannya yang bahagia. Wahai Muhammad periksalah dadamu, tidakkah engkau dapati di lubuknya perasaan senang dan lapang hati, perasaan terang-benderang oleh nur iman? Pulihkan kembali kecapan citarasa dari kurniaan-Ku ini di dalam perasaanmu dan jawablah: Tidakkah dengan kecapannya yang citarasa itu melapangkan hatimu dari segala kesusahan, merehatkan dirimu dari segala kepenatan, memberikanmu perasaan senang dalam menghadapi setiap kesukaran dan perasaan rela terhadap segala penafian?
( وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ( 2
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
( الَّذِي َأنَقضَ َ ظهْرَكَ ( 3
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
Yakni kami ringankan bebanan da'wah yang amat berat itu dengan melapangkan hatimu, dan dengan memberi taufik dan kemudahan kepadamu untuk melaksanakan da'wah, dan dengan menurunkan wahyu kepadamu untuk menerangkan hakikat-hakikat yang sebenar dan untuk menolongmu menyerap ke dalam jiwa manusia dengan cara yang lemahlembut. Tidakkah engkau dapati semuanya itu ketika menanggung beban yang telah memberatkan belakangmu? Tidakkah kini engkau dapati beban itu telah menjadi ringan setelah Kami lapangkan dadamu?
( وَرََفعْنَا َلكَ ذِكْرَكَ ( 4
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
Ayat-ayat Yakni Kami angkatkan namamu di kalangan para Malikat al-mala'ul a'la, Kami angkatkannya di bumi dan di seluruh 'alam buana dan kerana itulah Kami gandingkan namamu dengan nama Allah setiap kali bibir manusia menyebut Laa ilaa ha illal laah, Muhammadar Rasulullaah. Tidak ada lagi darjah yang setinggi dan semulia ini, itulah satu-satunya darjah yang hanya dicapai oleh Rasulullah s.a.w. di antara seluruh isi 'alam.
Kami telah angkatkan namamu di dalam Lauh Mahfuz ketika Allah memutuskan supaya namamu disebut pada setiap zaman dengan ucapan doa, selawat dan taslim dan dengan perasaan kasih-sayang yang mendalam.
Kami telah angkatkan namamu yang telah terikat dengan agama Allah yang luhur ini, kerana pemilihanmu untuk menyampaikan agama ini merupakan satu pengangkatan nama yang paling tinggi yang belum pernah dicapai oleh seseorang pun di 'alam buana ini baik sebelummu atau selepasmu. Oleh itu kesusahan, kepenatan dan keletihan tidak mempunyai tempat lagi dibandingkan dengan pengurniaan Allah yang besar yang boleh menghapuskan segala penderitaan itu.
(Pentafsiran ayat-ayat 5 – 6)
Walaupun begitu, namun Allah terus berlemah-lembut dengan Rasul kesayangan-Nya yang terpilih itu dan terus menghibur dan menenangkan hatinya di samping menerangkan rahsia kesenangan yang tidak terpisah darinya. Kerana:
( َفإِنَّ مَعَ اْلعُسْرِ يُسْرًا ( 5
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
Kesukaran dan kesusahan tidak sunyi dari kesenangan dan kemudahan yang menemanimu di mana-mana sahaja. Apabila bebanan da'wah menjadi sebegitu berat, Kami lapangkan dadamu lalu bebanan yang memberatkan belakangmu itu menjadi ringan. Kesenangan sentiasa menemani kesusahan untuk meringankan tekanan dan keberatannya. Ini adalah satu hakikat yang diyakinkan dan kerana itu ia disebut berulang-ulang kali dengan ungkapan yang sama.
( إِنَّ مَعَ اْلعُسْرِ يُسْرًا ( 6
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
Pengulangan ayat ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. benar-benar berada dalam kesulitan dan kesukaran yang memerlu kepada pengamatan dan peringatan ini, memerlukan kenangan kepada gejala-gejala Inayah Allah  ini, memerlukan kepada penayangan tempat-tempat Ri'ayah Allah ini, dan memerlukan kepada penegasan dengan segala cara penegasan yang seperti  ini. Tidak syak lagi bahawa urusan da'wah yang telah memberatkan Ayat-ayat penanggungan hati Nabi Muhammad s.a.w. sebegini rupa adalah satu urusan  yang amat besar.
(Pentafsiran ayat-ayat 7 – 8)
Kemudian datang pula arahan Ilahi supaya ia mencari sebab-sebab yang boleh melahirkan kelapangan dan kesenangan hati dan mencari tempat simpanan bekal untuk menempuh perjalanan da'wah yang jauh dan sukar:

( َفإَِذا َفرَغْتَ َفانصَبْ ( 7
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.

( وَإَِلى رَبِّكَ َفارْ َ غبْ ( 8
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu. Selepas kesulitan ialah kesenangan. Oleh itu gunakanlah punca-punca kesenangan dan kemudahan itu. Yakni jika engkau telah selesai dari urusanurusanmu dengan orang ramai dan dari urusan-urusan kehidupan, maka hadapilah dengan seluruh hatimu kepada kegiatan-kegiatan yang lain yang wajar dilakukan dengan susah payah dan penat jerih, iaitu kegiatan ibadat dan bertawajjuh kepada Allah:
( وَإَِلى رَبِّكَ َفارْ َ غبْ ( 8
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.
Tumpukan seluruh perhatian dan minat kepada Tuhanmu sematamata dan kosongkan hatimu dari segala sesuatu termasuk urusan orang ramai yang engkau da'wahkan mereka. Sudah tentu engkau memerlukan bekalan dan senjata. Di sinilah engkau akan mendapat bekalan untuk menempuh jalan da'wah, di sinilah engkau akan mendapat alat-alat senjata untuk kelengkapan berjihad. Di sinilah engkau akan menemui kesenangan dan kemudahan setiap kali engkau menempuh kesulitan dan kesukaran. Inilah jalan perjuangan da'wah.
Surah ini berakhir sama seperti berakhirnya Surah ad-Duha. meninggalkan dalam hati dua perasaan yang bercampur-aduk, iaitu perasaan betapa besarnya kasih mesra Allah terhadap kesayangan-Nya Rasulullah s.a.w. dan perasaan betapa besarnya timbangrasa dan belas-kasihan-Nya terhadap Rasulullah s.a.w. dan kita sendiri seolah-olah merasa bagaimana perasaan kesulitan yang sedang berkecamuk di dalam hati Rasulullah s.a.w. pada waktu itu yang benar-benar memerlukan kepada kasih mesra Ilahi.
Itulah da'wah. Itulah amanah dan tugas yang amat berat, namun demikian ia tetap merupakan tempat pancaran dan tempat turunnya nur Ilahi. Ia merupakan tali hubungan yang menyambung fana' dengan baqa' dan 'alam dengan wujud.


Surah Al-Insyira' Ayat 1-8 dan Terjemahan Serta Tafsirnya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Ilmusaudara.com

0 comments:

Post a Comment