BALASAN MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab
masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda
itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu
menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah
saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a.
dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu
Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah berubah wajahnya
menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahukan kepada Rasulullah
S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini berubah wajahnya
menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat
pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T,
kemudian mayat itu pun berubah kembali kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Setelah mayat itu hendak dikuburkan, maka mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah
yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang
muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan solat, apabila disuruh sama ibuku, kadang ibuku dicaci maki"
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.
Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu
Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka
kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh
ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah
S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari
kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah
dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga
kesalahan, di antaranya :" Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu
datang untuk sembahyang berjamaah. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. Dia
tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.
0 comments:
Post a Comment